Isnin, 2 Mei 2016

Penjodoh Bilangan

  1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan berpasangan dengan kata nama apabila menunjukkan bilangan.

    2.Yang berikut adalah antara contoh penjodoh bilangan dan penggunanya:

    Contoh: 

    bentuk-untuk benda-benda yang berkeluk seperti cincin, mata kail, subang dan sebagainya.

    biji-untuk benda-benda yang kecil seperti buah, butang, cawan, guli, manik, mutiara, ubat dan sebagainya.

    buku-untuk benda-benda yang berbongkah seperti benang, roti, sabun, dan sebagainya.

     helai-untuk benda-benda yang nipis dan lebar seperti baju, daun, kain, kertas, rumput, sapu tangan, dan sebagainya.

    jambak-untuk benda-benda yang berangkai seperti bunga dan kunci.

    keping- untuk benda yang pipih atau tipis seperti biskur, gambar, kad, papan, poster, roti, dan sebagainya.    

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan