Isnin, 2 Mei 2016

RAGAM AYAT

4 jenis ragam ayat :-

A. ayat penyata- ayat terangkan sesuatu benda, cerita,kejadian

FN+FN - Namanya Ika.
FN+FS - Dia di dapur.
FN+FA - Ika rajin.
FN+FK - Dia menghidangkan air.

 B. ayat tanya-untuk menanyakan sesuatu perkara,tempat, benda, manusia.
contoh: apa, bagaimana,  berapa, bila, mana, mengapa,siapa.

C.ayat perintah - ayat yang menyuruh, melarang,mempersilakan, meminta seseorang melakukan sesuatu.

contoh:   Lia,tolong buat air.   //  Jemputlah duduk.  //
 Janganlah susah susah.

D. ayat seruan - diucapkan untuk melahirkan  perasaan seperti takut , hairan, marah, benci,

contoh ayat kata seru
 1. Aduh, sakitnya gigiku yang berdarah ini !

2.Aduhai, malang sungguh nasib anak kecil itu !

3.Ah, jangan engkau datang mengacauku lagi !

4.Amboi,lama sungguh kamu mandi !

5. Cis, berani engkau menentang kata-kataku !

6.Eh,rupa-rupanya dialah yang membantu saya menyelesaikan
   masalah itu!

7.Hai, jemputlah masuk ke rumahku!

8.Kasihan , sudah tiga hari anak kucing ini mengiau kesakitan !


9.Nah, ambil buku yang kau minta ini !

10.Oh, aku gagal dalam peperiksaan lagi!

11.Syabas, akhirnya kamu mendapat anak juga !

12.Syukur,tiada seorang pun yang terkorban dalam
      peperangan itu!

13.Wah, besar sungguh dusun ayahnya ini!

14.Wahai,anak-anakku, belajarlah  bersungguh-sungguh demi
      masa hadapan kamu !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan